Saturday, June 09, 2012
Thiago Motta menggesa rakan sepasukan Itali, Mario Balotelli agar bertindak secara bertanggungjawab di Euro 2012.
Striker Manchester City itu dijangka mengetuai barisan Azzurri pada kejohanan dan ketika Motta menghormati kualiti Balotelli, dia mahu bekas rakan sekerja di Inter itu agar mengawal sikap barannya di Euro. "Balotelli tak berubah apa-apa dari masanya di Inter, dia sering membuat saya marah," Motta memberitahu wartawan pada sidang akhbar. "Dia harus sedar bahawa dia memiliki tanggungjawab yang besar semasa memakai jersi skuad kebangsaan." "Dia harus sedar bahawa dengan ciri-cirinya, dia boleh membantu kami mara ke tahap seterusnya dari segi kualiti, membantu rakan sepasukannya di padang." "Seorang lagi pemain utama pasukan, Andrea Pirlo, yang bermain dengan mudah tetapi berkesan. Kami perlu membantunya." Ketika disoal tentang gaya permainan Itali, Motta berkata, "Catenaccio atau tak, saya mahu mengingatkan semua pihak bahawa pasukan Itali yang sebelumnya memenangi banyak perkara." "Sejak dia sertai kami, jurulatih Cesare Prandelli sering meminta kami bermain bola, tapi saya rasa bahawa bermain dengan baik atau bermain teruk perkara-perkara yang kemudian. Hal yang paling penting adalah sentiasa menang." |
No comments:
Post a Comment