Monday, June 4, 2012
Apabila amah2 Indonesia sudah kembali ke Malaysia maka Raispun mula pusing...Hehe!!
Rais gesa Anwar lawan cara 'gentleman'
Datuk Seri Anwar Ibrahim patut mempamerkan kepimpinan tanpa menggunakan kekerasan, termasuk demonstrasi bagi mengambil alih pemerintahan dalam pilihan raya umum akan datang, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.
"Ini harus dihentikan, dan saya faham DSAI (Anwar) bukan seorang yang begitu taksub dengan kuasa keras.
"Jadi beliau harus tunjukkan kepimpinan beliau.Gentleman's game is the order of the day," kata Rais (atas).
Beliau mengulas pandangan Dr Mahathir Mohamad pada 25 Mei bahawa Pakatan Rakyat akan menganjurkan demonstrasi ganas tanpa henti untuk menolak keputusan pilihan raya jika tewas.
Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini, Rais berkata, kalaupun tindakan itu diambil, ia tidak bertahan lama berbanding "kewarasan dan bijaksana mengguna idea tanpa mengugut menggunakan kekerasan".
Lagipun, tambahnya, kerajaan sudah membuat pelbagai pindaan dan memperkenalkan undang-undang baru yang lebih baik.
"Dan kalau mereka terus menyatakan bahawa senarai daftar pemilih kotor dan tidak adil, bagaimana Pulau Pinang boleh menang, bagaimana Kelantan menang, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan, kalau senarai atau sistem memilih kita tidak baik?
"Tentu sekali baik, tinggal lagi mereka tak mahu mengakui kebaikan ini oleh kerana mereka ada cara keras untuk menuntut kuasa dan pengaruh.

No comments:
Post a Comment