Saturday, June 09, 2012
Dani Alves menyatakan dia berminat untuk kekal di Barcelona bertahun-tahun lagi ketika dia berhasrat mencipta sejarah dengan The Catalans.
Bek Brazil, yang sedang pulih daripada patah tulang selangka, baru-baru ini dikaitkan dengan peralihan keluar dari The Blaugranas, namun dia menamatkan semua spekulasi mengenai masa depannya dengan bertegas bahawa dia gembira di Nou Camp. "Saya rasa amat baik di Barcelona. Saya gembira di sini dan mahu terus di kelab ini," demikian kenyataan Dani Alves yang dipetik oleh Sports. "Saya tak pernah terfikir mahu keluar Barcelona, kerana saya selesa di sini, dan mempunyai kontrak yang sedang berlangsung." "Kami ada kumpulan pemain hebat dan saya menikmati setiap hari saya bermain di sini. Saya mahu terus mencipta sejarah dengan Barca." Bek berusia 29 tahun mempunyai kontrak dengan Barcelona sehingga Jun 2015. |
No comments:
Post a Comment