Tawan PUTRAJAYA dalam PRU 13



Tuesday 12 June 2012

ROBBIE KEANE mengakui rasa kecewa...



Keane kecewa dengan kekalahan ke atas Crotia

ROBBIE KEANE mengakui rasa kecewa selepas permulaan buruk Ireland di Kejohanan Eropah 2012 di Poznan.  
 
Lebih dari 20,000 penyokong Ireland yang bertandang ke kejohanan telah melihat kekalahan pasukan mereka.  
 
Dan kapten pasukan, Keane memberitahu: "Saya berkongsi kekecewaan untuk penyokong kerana kami tidak memperolehi keputusan untuk mereka. Jaringan
gol sejurus sebelum dan selepas rehat separuh masa merupakan tamparan untuk kami."
 
Ireland mendakwa penyerang Everton, Nikica Jelavic dalam kedudukan ofsaid semasa beliau meletakkan Croatia mendahului 2-1 sejurus sebelum rehat.  
Bos Giovanni Trapattoni berkata: "Saya beritahu pengadil selepas ulangan TV menunjukkan gol itu dua ela ofsaid."
 
Croatia menjaringkan gol ketiga selepas rehat apabila percubaan mereka terkena kepala Shay Given.  
 
Ireland akan menentang juara dunia, Sepanyol malam Khamis ini sebelum berdepan Itali dalam perlawanan terakhir Kumpulan C.
 
Trapattoni menambah: "Kami tidak bermain dengan baik seperti yang biasa kami lakukan. Saya perlu menganalisis apa silapnya dan memutuskan jika saya perlu melakukan perubahan."

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...