Tawan PUTRAJAYA dalam PRU 13



Friday 8 June 2012

Kenyataan nak cover malu dari seorang Menteri.,,



Melihat kemampuan kerajaan Selangor menyelesaikan masalah sekatan PTPTN melalui pengumuman Unisel akan mencairkan aset bagi membantu mahasiswanya oleh MB Selangor, UMNO/BN mula cemas dan mengubah taktik dengan menarik semula pembekuan pinjaman berkenaan.

Pendapat penyelidik bebas Merdeka Center juga berkata pembekuan pinjaman itu “berpotensi akan memakan diri BN jika Selangor boleh mencapai satu penyelesaian yang praktikal dan cepat.”

“Ini akan merentasi seluruh negara sebagai Unisel mempunyai pelajar dari negeri lain dan mungkin meledakkan daripada sesuatu yang hanya popular kepada golongan muda untuk ibu bapa mereka juga.

“Lagipun, Selangor mempunyai rizab yang besar sebanyak RM1.8 bilion dan boleh menyelesaikan masalah ini dengan cepat,” katanya.

Keupayaan MB Selangor Tan Sri Khalid menangani masaalah tersebut dengan pantas memalukan Khaled Nordin dan juga Muhyiddin kerana mereka menyangka pemimpin Pakatan adalah sebodoh pemimpin-pemimpin yang ada dalam UMNO/BN...

Oleh itu nak cover malu punya pasal.. berkatalah Menteri dari UMNO ini bahawa PTPTN hanya ingin menguji Kerajaan Selangor..

Sejak bila pula PTPTN dijadikan alat untuk buat ujian oleh UMNO ni?

PTPTN-Unisel: Sekadar uji Selangor, kata Khaled

SHAH ALAM - Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hanya sekadar ingin menguji sama ada Kerajaan Negeri Selangor serius dalam menyediakan pendidikan percuma.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat (PR) berjanji akan memansuhkan PTPTN dan menggantikan dengan pendidikan percuma jika diberi manfat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sehubungan itu kata beliau, adalah jelas Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat (PR) tidak dapat mencapai matlamat memberikan pendidikan percuma.

Khaled juga berkata, keputusan menarik balik pembekuan pinjaman PTPTN membabitkan penuntut-penuntut pelajar-pelajar Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa (Kuis) dibuat setelah pihak Kementerian Pengajian Tinggi menimbang rayuan daripada kedua-dua pusat pengajian tinggi itu.

Terdahulu dalam satu mesej menerusi akaun Twitter, Khaled berkata, pengurusan Unisel ada mengemukakan rayuan kepada beliau berkenaan perkara itu.

"Unisel pun ada merayu pada saya, dan menyatakan PTPTN memang diperlukan, maka tidak sebab untuk tidak setuju pentingnya PTPTN," kata beliau.

Kelmarin, Kerajaan Negeri Selangor dan pemimpin-pemimpin PR mendakwa tindakan PTPTN menyekat kemudahan pinjaman agensi itu kepada penuntut-penuntut Unisel sebagai tidak adil.

Keputusan membatalkan pembekuan itu dimaklumkan kepada pengurusan Unisel pagi semalam.

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...