Tawan PUTRAJAYA dalam PRU 13



Tuesday 12 June 2012

Kerana Agama, Aku Jatuh Cinta



بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum


"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu..hilanglah cintaku padamu
(Imam Nawawi)


Rasulullah SAW bersabda :

Dinikahi perempuan itu kerana 4 perkara: Pertama, kerana hartanya. Kedua, kerana keturunannya. Ketiga, kerana kecantikannya. Keempat, kerana agamanya. Maka yang lebih utama adalah perempuan yang beragama, pasti engkau akan beruntung.
(HR. Bukhari Muslim)




Kerana agama, aku memilih dikau. Kerana agama, bukan rupa, bukan harta..tetapi agama.

Saya pernah terbaca, hadith tersebut bukan sahaja kita gunakan sebagai kriteria pemilihan isteri bahkan juga seorang suami. Meskipun tak dinafikan harta itu penting, paras rupa itu penting, keturunan itu penting..tetapi, syarat paling utama ialah ketaatan nya dalam menjalankan perintah Allah s.w.t. 

Jika itu menjadi dasar yang paling penting, insyaAllah semuanya akan menjadi mudah seperti dimurahkan rezeki sama ada dari sudut harta mahupun anak bahkan menjadi penyejuk mata serta sedap memandang begi pasangan hidup masing-masing. Bukankah itu lebih baik?

Saya pernah menonton satu slot di tv al hijrah iaitu Madrasah Syariah tentang kriteria pemilihan pasangan hidup. Ustaz tu kata, kalau nak diikutkan statistik..mereka yang bernikah disebabkan agama..penceraian yang berlaku adalah lebih kecil berbanding mereka yang bernikah atas dasar nafsu semata-mata. Bahkan daripada penceraian tersebut pula adalah disebabkan kehadiran orang ketiga dan bukan atas dasar pasangan itu sendiri contohnya masuk campur ahli keluarga dan lain-lain.

Memang dalam Islam, penceraian itu adalah halal dan bercerai juga adalah salah satu jalan terbaik sekiranya sudah tiada persefahaman dalam hidup. Namun, ia adalah jalan terakhir. Setiap orang yang bernikah pasti ada impian untuk bersama-sama sampai bila-bila dan yang paling penting, cinta sampai ke syurga. Betul kan?

Sumai perlu menjadi imam..bukan sahaja di dalam solat, bahkan di luar solat. Imam juga bermaksud ketua, suami jadi tempat rujuk dan dia juga perlu pastikan isteri dan keluarganya tetap pada jalan Allah. Jika tiada ilmu agama, mana mungkin keluarga sakinah ini akan wujud? Isteri juga begitu, menjadi makmum. Perlu mengikut apa yang disuruh oleh suami selagi mana tidak bercanggah dengan agama. Jika tiada agama, mana mungkin ia akan berlaku? 

Jika lelaki seorang yang kuat, dia boleh memilih wanita yang kurang agamanya untuk dijadikan isteri. Namun, janji Allah itu pasti. Jika inginkan pasangan beriman, kita mesti jadi orang yang beriman.


Surah An-Nur ayat 26 yang bermaksud :

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” 




Dalam kriteria pemilihan pasangan hidup, pastikan agama adalah yang paling penting malah melebihi syarat-syarat yang lain. InsyaAllah akan selamat hidup kita 




"Kerana agama, aku jatuh cinta"
(Atika Aula)


 والسلام

Cristiano Ronaldo menegaskan Portugal masih boleh memenangi Kejohanan


Tuesday, June 12, 2012

Ronaldo hambar dalam perlawanan menentang Jerman

Cristiano Ronaldo menegaskan Portugal masih boleh memenangi Kejohanan Eropah 2012 meskipun tewas 1-0 kepada Jerman dan telah menerima nasihat dari Jose Mourinho.
 
Kata-kata semangat dari pengurusnya di Real Madrid itu, yang berada di tempat duduk penonton di Lviv, telah memastikan semangatnya terus menyala.  
 
Beliau memberitahu: "Mourinho berpesan supaya yakin dengan diri kami sendiri untuk dua perlawanan seterusnya dan yakin kami boleh terus mara."
 
Pemain Jerman, Mesut Ozil, yang turut bermain untuk Madrid, gembira dengan kemenangan mereka. "Tiga mata ini memang cukup berharga," katanya.

ROBBIE KEANE mengakui rasa kecewa...



Keane kecewa dengan kekalahan ke atas Crotia

ROBBIE KEANE mengakui rasa kecewa selepas permulaan buruk Ireland di Kejohanan Eropah 2012 di Poznan.  
 
Lebih dari 20,000 penyokong Ireland yang bertandang ke kejohanan telah melihat kekalahan pasukan mereka.  
 
Dan kapten pasukan, Keane memberitahu: "Saya berkongsi kekecewaan untuk penyokong kerana kami tidak memperolehi keputusan untuk mereka. Jaringan
gol sejurus sebelum dan selepas rehat separuh masa merupakan tamparan untuk kami."
 
Ireland mendakwa penyerang Everton, Nikica Jelavic dalam kedudukan ofsaid semasa beliau meletakkan Croatia mendahului 2-1 sejurus sebelum rehat.  
Bos Giovanni Trapattoni berkata: "Saya beritahu pengadil selepas ulangan TV menunjukkan gol itu dua ela ofsaid."
 
Croatia menjaringkan gol ketiga selepas rehat apabila percubaan mereka terkena kepala Shay Given.  
 
Ireland akan menentang juara dunia, Sepanyol malam Khamis ini sebelum berdepan Itali dalam perlawanan terakhir Kumpulan C.
 
Trapattoni menambah: "Kami tidak bermain dengan baik seperti yang biasa kami lakukan. Saya perlu menganalisis apa silapnya dan memutuskan jika saya perlu melakukan perubahan."

Alangkah kerdilnya diri ini



بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Selamat pagi semua, alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas lagi pada pagi ni..semua ni dengan kehendak dan izin dariNya. Alhamdulillah~

Kali ni saya nak ajak kawan-kawan berfikir sejenak tentang siapa sebenar diri kita, menyedari tentang hakikat seorang hamba yang lemah..yang hanya tiada daya upaya melainkan dengan izin daripada Nya.  Ok, jom ikut saya..


Galaksi, Galaksi Bima Sakti, Galaksi Di Dunia

Ini adalah galaksi bima sakti, dimana terletaknya bumi kita. Salah satu galaksi yang ada di angkasa.

Planets, Gambar Planet, Planet-Planet

Bumi iaitu tempat yang kita diami terletak dalam sistem suria dan merupkan planet yang ketiga kedudukannya daripada sistem suria.

Bumi, Muka Bumi, Dunia, Dunia Bulat, Bumi Bulat, Bulatan, Earth,

Ini ialah bumi, semua orang tau..

Peta Dunia, World Map, Map, Peta, Peta Bumi, Muka Bumi, Dunia

Benua, Benua Asia, Peta Dunia Asia, Bentuk Muka Bumi Asia, Asia

Malaysia terletak di benua asia..salah satu benua yang terdapat di dalam dunia

Peta, Peta Malysia, Malaysia, Peta di Malaysia, Bentuk Muka Bumi Malaysia

Ni peta Malaysia...

Selangor, Peta Selangor, Selangor Idamanku, Negeri Selangor, Selangor Darul Ehsan

Sekarang saya tinggal di Selangor

Klang, Peta Klang, Klang Bandar Diraja, Klang Ibu Negeri, Selangor, Selangor Darul Ehsan

Ini bandar Klang, Selangor

Klang, Peta Klang, Bandar Klang

Sekarang saya berada di  Kampung Jawa, Klang

Rumah, House, Big House, Rumah Besar, Rumah Cantik, Rumah Indah, Rumah Mewah, Rumah Idaman, Rumah Impian

Berada di dalam sebuah rumah daripada banyak-banyak rumah yang ada (gambar dari google)

Katil, Bilik, Bilik Tidur, Kamar, Bed, Bedroom, Bilik Tidur Kemas, Bilik Tidur Cantik

Dan berada d dalam sebuah bilik (gambar dari google)


Cuba kawan-kawan bayangkan diri masing-masing...dapat tak kita rasakan bahawa betapa kerdilnya diri kita, betapa hinanya diri kita dihadapan Allah, betapa lemahnya diri kita. Mungkin jika dilihat atau diteropong dari pandangan angkasa Malaysia pun kita tidak kelihatan, apatah lagi jika dilihat daripada galaksi bima sakti tadi kan. 

Tapi, kita tetap angkuh..tetap sombong dengan Allah. Masih lagi berterusan melakukan kemungkaran, hari-hari melakukan maksiat dan dosa. Masih lagi ada yang tidak mahu sujud kepadaNya, tidak mahu patuh dengan arahanNya. Walaupun kita melakukan dosa, Dia dengan sifatnya yang Maha Pengasih..masih lagi memberi kesempatan dan peluang untuk kita menggunakan nikmatNya iaitu menyedut udaraNya, makan dan minum, diberikan kesihatan badan, harta kekayaan, dan lain-lain. Dia juga masih memberi peluang dan kesempatan untuk bertaubat selagi nyawa tidak sampai ke kerongkong. Begitu pengasih dan penyayangnya Allah s.w.t.  

Oleh itu, tak perlu lah kita berasa hebat atau ujub dengan diri masing-masing, kita perlu sedar..kita tak memiliki apa-apa, tubuh badan dan nyawa kita pun adalah milik Allah s.w.t. Betul kan? Tak ada sebab untuk kita merasa diri ini begitu hebat, jika tiada bantuan dan izin dariNya..kita tak mampu melakukan apa-apa pun. Muhasabah itu perlu untuk diri kita, supaya kita tak leka dan alpa dan supaya kita sedar bahawa kita hanyalah seorang hambaHamba tidak memiliki apa-apa dan hamba hanya mempunyai tugas untuk memberi (berkhidmat) dan bukan memiliki(berasa diri besar dan hebat)..


 والسلام

Baby * Amanat Allah*



بسم الله الرحمن الرحيم


Kenapa semua orang suka baby?http://www.emocutez.com


Sebabnya :

- Comel
- Kecik je
- Wangi
- Macam anak patung
- __________ (Sila isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai) http://www.emocutez.com


Secara fitrahnya, kita memang suka kepada baby kan. Cuma mereka yang tak waras je akan campak baby merata-rata macam sampah. Anak sendiri pulak tu. Na'uzubillah min zalik..

Betapa hebatnya kuasa Allah, mencipta kita denga serba lengkap dan sempurna. Andai kata tiada sifat "sayang" dan rasa "ingin melindungi" seorang bayi..mesti manusia akan semakin pupus. Betul kan? Sebab kita dilahirkan tanpa mampu berbuat apa-apa dan perlu dijaga sepenuhnya oleh orang yang lebih besar sampai satu saat, kita boleh berdikari sendiri.

Sifat "kasih sayang" yang Allah campakkan ke dalam hati ibu bapa supaya sayang kepada anak-anak kecil. 




Gambar kat atas tu semua anak-anak buah saya..semua dah semakin besar. Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah suatu hari nanti. Cepat besar ye. 

P/s : Rindu pada anak-anak buah..perasaan sukakan baby dan budak kecik semakin menebal dalam diri. Adakah itu satu petanda supaya cepat-cepat ada anak sendiri? http://www.emocutez.com

 والسلام

Sunday 10 June 2012

PTPTN: Terbukti Selangor lulus ujian


PTPTN: Terbukti Selangor lulus ujian

Anis Nazri,10 Jun 2012

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Selangor terbukti lulus ujian apabila diuji dengan isu pembekuan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekaligus menampakkan sikap kebudak-budakkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin.
Biarpun Khaled mengatakan pembekuan PTPTN kepada pelajar Unisel dan Kuis hanya untuk 'sekadar menguji Selangor', ahli parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata terbukti kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bertanggungjawab dan lulus 'ujian' tersebut.
"Tapi, sebelum masa ujian tamat, BN menarik balik pembekuan tersebut. Mereka tahu kita mampu, sebab itu cepat-cepat mereka tarik balik. Saya percaya, jika BN masih membekukannya, kita (Pakatan Rakyat Selangor) mampu membantu para pelajar terbabit dan akan memberi impak maksima kepada Pakatan Rakyat,"tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Selain menyifatkan BN panik dengan kepercayaan dan keyakinan rakyat dengan program pendidikan percuma yang diprogramkan Pakatan Rakyat, Dr. Dzulkefly berkata kebanyakan program Pakatan Rakyat menepati sasaran, khususnya anak muda.
"Berbeza dengan BN, di saat rakyat menuju politik baru, BN mengamalkan politik lapuk yang penuh dengan dendam kesumat, khianat.
"Apabila kita meuar-uarkan pendidikan percuma, kita telah meuar-uarkan ia dilakukan bersekali dengan rombakan belanjawan secara keseluruhan, bukan secara runcit.  Kita merangka penyusunan belanjawan yang menepati pembangunan modal insan," tegas Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat itu.
Semalam, Khaled berkata PTPTN hanya sekadar ingin menguji sama ada kerajaan negeri Selangor serius dalam menyediakan pendidikan percuma.
Namun, selepas itu kerajaan pusat mengumumkan cadangan membekukan pinjaman itu ditarik balik selepas beberapa hari sahaja.
Pembekuannya ditarik balik dipercayai selepas melihat Selangor mampu menyelesaikan bebanan yang cuba dihempaskan kerajaan pusat ke atas kerajaan negeri itu.
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar atas) berkata, kerajaan negeri akan mencairkan aset kerajaan negeri bagi membantu pelajar yang disekat pinjaman PTPTN.
Khalid menjangka, Unisel akan mendapat RM30 juta hasil pencairan aset yang dimilikinya itu.
Jika ini berlaku, kerajaan negeri Selangor bakal dilihat sebagai kerajaan yang mampu dan menyusahkan imej kerajaan pusat yang akan dikira pendendam dan melepaskan kemarahannya kepada pelajar yang tidak bersalah.
Siri menarik balik keputusan yang dibuat kerajaan pusat ini sudah beberapa kali berlaku. Sebelum ini kerajaan Najib menarik balik Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) selepas diumumkan pelaksanaannya

Muhyiddin: BN hadapi cabaran uruskan persepsi


Muhyiddin: BN hadapi cabaran uruskan persepsi
8:10PM Jun 10 2012 
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa parti-parti komponen BN berhadapan dengan cabaran menguruskan persepsi dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, cabaran itu timbul kerana pembangkang memutarbelitkan isu dan menyebarkannya kepada rakyat.

"Hal-hal yang tidak betul tetapi diulang berkali-kali dan disebarkan melalui media sosial.

"(Justeru) hari ini kita berhadapan dengan masalah persepsi," katanya tanpa memperincikan masalah persepsi berkenaan.

Justeru, beliau menggesa agar pimpinan setempat BN turun ke akar umbi mendekati rakyat untuk membetulkan persepsi tentang BN.

"Sebab itu hari ini kita ambil langkah proaktif dengan turun ke bawah tanpa orang tengah dan jumpa rakyat," katanya.

Dalam ucapan sama Muhyiddin turut menegaskan bahawa calon boleh menang BN akan datang perlu diterima bukan sahaja di peringkat parti tetapi juga diterima rakyat.

"Kalau dia peringkat parti popular, di bawah juga popular, mungkin inilah ciri-cirinya," katanya.

Beliau turut memberikan bayangan yang Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Wilayah Persekutuan, Datuk A Chandrakumanan akan diletakkan bertanding di Parlimen Batu - kerusi Parlimen yang secara tradisinya ditandingi parti Gerakan.

Chandrakumanan sewaktu ditemui Malaysiakini berkata beliau mengintai kemungkinan bertanding
salah satu antara tiga kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan - Batu, Setiawangsa atau Bandar Tun Razak.

Walau bagaimana pun, beliau menyerahkan perkara berkenaan kepada pimpinan tertinggi BN.

Hisham: Tahan video elak ganggu siasatan


Hisham: Tahan video elak ganggu siasatan
  • Nigel Aw
  • 8:27PM Jun 10 2012
 
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, video klip kementeriannya berhubung perhimpunan BERSIH ditahan terlebih dahulu kerana kerajaan melantik panel bebas menyiasat perkara itu.

Hishammuddin berkata, kementeriannya mahu mengelak tuduhan bahawa video itu cuba membantutkan kerja-kerja panel itu.

Katanya, panel itu patut diberikan ruang menyiasatnya kerana kerajaan percaya kepada prosedur dan amalan yang baik.

Pada 3 Jun lalu, Hishammuddin mengumumkan bahawa kementeriannya akan mengeluarkan video klip berkaitan bagi membolehkan orang ramai menilai sendiri apa yang berlaku semasa perhimpunan itu.

2 tokoh BN Sabah lompat parti hari ini?


2 tokoh BN Sabah lompat parti hari ini?
3:54PM Jun 10 2012 
Khabar angin bertiup kencang bahawa Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Datuk Wilfred Bumburing dan pendokong Umno Sabah Datuk Seri Lajim Ukin akan menyertai majlis PKR hari ini, sekali gus menyertai pembangkang.

Ketua PKR Sabah Ahmad Thamrin Jaini (bawah) berkata, dua tokoh BN itu besar kemungkinan akan hadir ke perayaan Kaamatan di Kota Belud dan majlis makan malam PKR pada jam 8 malam ini di Kota Kinabalu.

Thamrin Jaini - Azmin Ali dinnerKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Sabah pada jam 1.40 petang ini dan dijadual menghadiri kedua-dua acara yang sama.

Thamrin berkata, walaupun sambutan Kaamatan mungkin terjejas ekoran banjir menenggelamkan jalan ke Kota Belud, majlis makan malam dijangka diteruskan kerana diadakan di pusat konvensyen mewah.

"(Presiden Parti Maju Sabah Datuk) Yong Teck Lee sudah tentu akan hadir ke majlis makam malam; dan terdapat kemungkinan besar Lajim dan Bumburing juga turut serta.

"Tetapi sama ada mereka akan melakukannya, kami tidak dapat sahkan," katanya ketika dihubungi.

MP3 Ceramah: Ustaz Azhar Idrus


Himpunan Kuliah Ustaz Azhar Idrus


Download Keseluruhan Kuliah (.zip)
01. Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap Siri 001-020: http://www.mediafire.com/?5gnq7jol4vb2j53
02. Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap Siri 021-040: http://www.mediafire.com/?b3hecmiieu513il
03. Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap Siri 041-059: http://www.mediafire.com/?q9pvsde435u2k56
04. Munyatul Musolli Siri 001-015 & PDF Kitab: http://www.mediafire.com/?zxr32z88916qhel
05. Kuliah 001-020: http://www.mediafire.com/?df0dt38uqowb06d
06. Kuliah 021-040: http://www.mediafire.com/?y9qp8s1ldif84g3
07. Kuliah 041-060: http://www.mediafire.com/?f1kcoc58dnzc4gb
08. Kuliah 061-080: http://www.mediafire.com/?wck42bc7f2d8rte
09. Kuliah 081-100: http://www.mediafire.com/?bwgno3o6ctem5ci
10. Kuliah 101-120: http://www.mediafire.com/?k3fjjbhr7tndu5d
11. Kuliah 121-140: http://www.mediafire.com/?ipz3db30c0nxvy3
12. Kuliah 141-160: http://www.mediafire.com/?c62z9i6b4a7i0x8
13. Kuliah 161-180: http://www.mediafire.com/?ans68a25naea99d
14. Kuliah 181-200: http://www.mediafire.com/?16y7vpw0t0r85q4
15. Kuliah 201-220: http://www.mediafire.com/?6c47gsvxvo9s419
16. Kuliah 221-240: http://www.mediafire.com/?6seznb653nsr4rw
17. Kuliah 241-260: http://www.mediafire.com/?03p6k654718cexp
18. Kuliah 261-280: http://www.mediafire.com/?9nnbx5vo8kofau5
19. Kuliah 281-300: http://www.mediafire.com/?x3vncm7o15ejlho
20. Kuliah 301-317: http://www.mediafire.com/?brq39r06j1q152i
21. Kuliah 318-332: http://www.mediafire.com/?ret95w9onbkm5jj


KITAB ASAS FARDHU AIN LENGKAP


Download (.zip)

Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap Siri 001-020: http://www.mediafire.com/?5gnq7jol4vb2j53
Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap Siri 021-040: http://www.mediafire.com/?b3hecmiieu513il
Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap Siri 041-059: http://www.mediafire.com/?q9pvsde435u2k56

Saturday 9 June 2012


MB: Kalau duit menteri kita tak persoal
  • Abdul Rahim Sabri
  • 11:04AM Jun 10 2012
 
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mendesak kerajaan memohon maaf berhubung isu pembekuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada mahasiswa baru Universiti Selangor (Unisel).

Khalid menyifatkan tindakan itu dan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai "main-main", terutama apabila PTPTN diberikan semula. 

khalid ibrahim ceramah kajang 090612Khalid berkata kedua-dua pemimpin tersebut didakwa "tidak lulus dalam ujian integriti".

Ini kerana, kata menteri besar itu, wang PTPTN menggunakan dana awam yang tidak boleh disalahgunakan dan perlu dibezakan dengan wang sendiri.

Justeru, katanya, tindakan pemimpin Umno-BN menggunakan kuasa membekukannya kepada mahasiswa Unisel, merupakan "kesalahan dan tidak amanah".

"Yang penting (pemimpin) Umno dan BN tidak boleh dan mesti tahu antara wang sendiri dan wang dana awam.

"(Kalau wang) Wang Muhyiddin dan Khaled kita tak persoal... menteri pengajian tinggi bukan menteri bola sepak.

"(Soal PTPTN) ini bukan main-main. Bukan jumlah RM1, tapi beribu juta ringgit," katanya ketika menyampaikan ucapan dalam ceramah Merdekakan Rakyat di Stadium Kajang malam tadi.

5,000 banjiri ceramah
Sehubungan itu, Khalid yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak menggesa supaya rakyat supaya menolak pemimpin Umno-BN tersebut dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kalau itulah dalam minda pemimpin Umno-BN, rakyat mesti tolak mereka. Kita tidak boleh lagi (biarkan) pemimpin begini yang tidak menghormati kuasa rakyat.

"Dan ini adalah hak rakyat, bukan hak Umno dan hak BN... Pemimpin Umno-BN ingat duit itu, duit mereka... PTPTN duit rakyat. Ingat Khaled, Muhyiddin. Jangan tipu rakyat," tegas Khalid Ibrahim lagi.

anwar ibrahim ceramah kajang 090612 crowdSebelum ini Muhyiddin dilapor menyifatkan tindakan PTPTN membekukan pinjaman kepada mahasiswa Unisel sebagai "adil" kerana ia hanya reaksi kepada dasar Pakatan Rakyat yang mahu mengadakan pendidikan percuma.

Manakala Khaled pula dilaporkan berkata, kerajaan menarik balik pembekuan itu ekoran "rayuan dan penjelasan Unisel bahawa ia tidak berniat untuk memberi pendidikan percuma kepada pelajar."

Semalam tokoh DAP Lim Kit Siang turut menggesa Muhyiddin memohon maaf berhubung isu pembekuan PTPTN kepada siswa baru Unisel.

Turut hadir dalam ceramah tersebut beberapa pemimpin Pakatan Rakyat antaranya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, ADUN Sekinchan Ng Suee Lim dan anggota jawatankuasa pusat PAS Dr Mujahid Yusuf Rawa dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin.

Lebih 5,000 hadirin membanjiri majlis ceramah Merdekakan Rakyat di stadium tersebut.

Anwar: RM5b untuk PTPTN tak mufliskan negara
  • Abdul Rahim Sabri
  • 11:15AM Jun 10 2012
 
Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk membatalkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika berjawa menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketua pembangkang berkata, Pakatan Rakyat mampu berbuat demikian kerana negara mengaut hasil minyak sebanyak RM80 bilion, sedangkan tanggungan kos PTPTN hanya RM5 bilion.

anwar ibrahim ceramah kajang 090612"Tapi Najib kata, RM80 bilion tolak RM5 bilion jadi bankrap," katanya sambil diiringi ketawa hadirin dalam ceramah di di Stadium Kajang malam tadi.

Lebih 5,000 hadirin membanjiri majlis ceramah Merdekakan Rakyat di stadium tersebut.

Turut hadir dalam ceramah tersebut beberapa pemimpin Pakatan antaranya Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan Ng Suee Lim dan anggota jawatankuasa pusat PAS Dr Mujahid Yusuf Rawa dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin.

Anwar yang berucap selama 40 minit bermula jam 11 malam, terpaksa menghentikan ceramahnya lebih awal kerana hujan renyai-renyai di stadium itu.

Monday, June 4, 2012

Apabila amah2 Indonesia sudah kembali ke Malaysia maka Raispun mula pusing...Hehe!!


Rais gesa Anwar lawan cara 'gentleman'
1:20PM Jun 4 2012 
Datuk Seri Anwar Ibrahim patut mempamerkan kepimpinan tanpa menggunakan kekerasan, termasuk demonstrasi bagi mengambil alih pemerintahan dalam pilihan raya umum akan datang, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.

NONE"Ini harus dihentikan, dan saya faham DSAI (Anwar) bukan seorang yang begitu taksub dengan kuasa keras. 

"Jadi beliau harus tunjukkan kepimpinan beliau.Gentleman's game is the order of the day," kata Rais (atas).

Beliau mengulas pandangan Dr Mahathir Mohamad pada 25 Mei bahawa Pakatan Rakyat akan menganjurkan demonstrasi ganas tanpa henti untuk menolak keputusan pilihan raya jika tewas.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini, Rais berkata, kalaupun tindakan itu diambil, ia tidak bertahan lama berbanding "kewarasan dan bijaksana mengguna idea tanpa mengugut menggunakan kekerasan".

Lagipun, tambahnya, kerajaan sudah membuat pelbagai pindaan dan memperkenalkan undang-undang baru yang lebih baik.

"Dan kalau mereka terus menyatakan bahawa senarai daftar pemilih kotor dan tidak adil, bagaimana Pulau Pinang boleh menang, bagaimana Kelantan menang, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan, kalau senarai atau sistem memilih kita tidak baik?

"Tentu sekali baik, tinggal lagi mereka tak mahu mengakui kebaikan ini oleh kerana mereka ada cara keras untuk menuntut kuasa dan pengaruh.

Sunday, May 27, 2012


Dani Alves: Saya mahu kekal di Barcelona


Saturday, June 09, 2012

Alves mahu kekal di Nou Camp.

Dani Alves menyatakan dia berminat untuk kekal di Barcelona bertahun-tahun lagi ketika dia berhasrat mencipta sejarah dengan The Catalans.

Bek Brazil, yang sedang pulih daripada patah tulang selangka, baru-baru ini dikaitkan dengan peralihan keluar dari The Blaugranas, namun dia menamatkan semua spekulasi mengenai masa depannya dengan bertegas bahawa dia gembira di Nou Camp.

"Saya rasa amat baik di Barcelona. Saya gembira di sini dan mahu terus di kelab ini," demikian kenyataan Dani Alves yang dipetik oleh Sports.

"Saya tak pernah terfikir mahu keluar Barcelona, ​​kerana saya selesa di sini, dan mempunyai kontrak yang sedang berlangsung."

"Kami ada kumpulan pemain hebat dan saya menikmati setiap hari saya bermain di sini. Saya mahu terus mencipta sejarah dengan Barca."

Bek berusia 29 tahun mempunyai kontrak dengan Barcelona sehingga Jun 2015.

Thiago Motta beritahu Balotelli agar bertanggungjawab di Euro 2012


Saturday, June 09, 2012

Motta harap Balotelli lebih bertanggungjawab di Euro 2012.

Thiago Motta menggesa rakan sepasukan Itali, Mario Balotelli agar bertindak secara bertanggungjawab di Euro 2012.

Striker Manchester City itu dijangka mengetuai barisan Azzurri pada kejohanan dan ketika Motta menghormati kualiti Balotelli, dia mahu bekas rakan sekerja di Inter itu agar mengawal sikap barannya di Euro.

"Balotelli tak berubah apa-apa dari masanya di Inter, dia sering membuat saya marah," Motta memberitahu wartawan pada sidang akhbar.

"Dia harus sedar bahawa dia memiliki tanggungjawab yang besar semasa memakai jersi skuad kebangsaan."

"Dia harus sedar bahawa dengan ciri-cirinya, dia boleh membantu kami mara ke tahap seterusnya dari segi kualiti, membantu rakan sepasukannya di padang."

"Seorang lagi pemain utama pasukan, Andrea Pirlo, yang bermain dengan mudah tetapi berkesan. Kami perlu membantunya."

Ketika disoal tentang gaya permainan Itali, Motta berkata, "Catenaccio atau tak, saya mahu mengingatkan semua pihak bahawa pasukan Itali yang sebelumnya memenangi banyak perkara."

"Sejak dia sertai kami, jurulatih Cesare Prandelli sering meminta kami bermain bola, tapi saya rasa bahawa bermain dengan baik atau bermain teruk perkara-perkara yang kemudian. Hal yang paling penting adalah sentiasa menang."

Gambar Nombor Plat WWW 1 Dipasang Pada Proton Satria Neo? Read more: http://www.nescafeaiNombor plat WWW 1 dipasang pada proton satria neo


www1
Nombor plat WWW1 yang menjadi kontroversi baru-baru ini yang dimiliki oleh Sultan Johor yang dibida pada harga RM520,000.
Mesti ramai yang tertanya-tanya mengenai kereta kenderaan apakah yang akan menggunakan nombor plat WWW1, iaitu nombor plat paling mahal ini. Ini berikutan Sultan Johor memiliki banyak koleksi kereta-kereta mewah termasuk supercar termahal di dunia.
Menurut sumber, Teka-teki mengenai kereta manakah yang bakal menggunakan nombor plat termahal itu akhirnya terjawab apabila ia dilihat terpasang pada sebuah kereta buatan Malaysia, Proton Satria Neo!!!..ya diulang Nombor plat WWW1 dipasang pada satria neo !!!..bayangkan,harga no plat boleh beli kira-kira 10 Proton satria Neo -
P/S;-BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA -
no plat www1
SUMBER;MILOSUAM


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...